DOA BUAT MU AHLI GHAZZAH

YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM....

Ya Quds...Kau di hatiku.....


VideoPlaylist
I made this video playlist at myflashfetish.com

Always Be Ready For.....

Friday, October 30, 2009

Qaradhawi: Lindungi Segera Masjid Al Aqsa

October 26, 2009

26 Okt – Dr. Yusuf Al Qaradhawi, Ketua Persatuan Ulama Islam Antarabangsa, menyerukan umat Islam dunia agar bertindak atas kejahatan serangan Israel yang terjadi hari Ahad (25/10) terhadap Masjid Al Aqsa. Beliau menegaskan, berulangkali Yahudi Israel melakukan serangan keji terhadap Masjid Al Aqsa yang kurang mendapat tindakan serius dari kaum Muslimin dunia.
”Peristiwa yang baru saja terjadi harus membangkitkan seluruh umat Islam untuk bertindak, dan menyatakan bahawa Yahudi benar-benar telah menginjakkan kakinya di Masjid Al Aqsa,” ujar Syeikh Al Qaradhawi.

Beliau juga menyerukan umat Islam dunia untuk melakukan aksi demonstrasi atas penodaan masjid Al Aqsa yang dilakukan Zionis Israel itu di hadapan pejabat PBB, pada hari Isnin (26/10). Qaradhawi menyatakan hal ini dalam salah satu ucapan siaran langsungnya yang ditayangkan oleh televisyen satelit Aljazeera setelah kejadian serangan polis Israel terhadap puluhan orang jamaah masjid Al Aqsa sekaligus penangkapan atas mereka dan menginjak-injak Masjid Al Aqsa pada pagi Ahad, 25 Okt lalu.

”Apa yang terjadi di Al Quds, berupa serangan yang dilakukan berulangkali ke atas Masjid Al Aqsa, itu seharusnya mampu menyedarkan seluruh umat Islam bahawa serangan serangan itu meningkat hari demi hari untuk tujuan Yahudi yang mahu menguasai masjid Al Aqsa,” ujar Al Qaradhawi.

Beliau lalu mengatakan, ”Saya menyerukan Liga Arab dan Sekjen OKI serta seluruh pimpinan dan tokoh Islam di seluruh dunia untuk melindungi Masjid Al Aqsa. Kita tidak boleh mendiamkan diri terhadap kejadian ini.” (mln/iol)

Ditulis Oleh Abu Ridhwan · dalam Kategori Pandangan & Analisa